Resepi kuah kacang sedap .Sama macam mak buat

 Resepi kuah kacang sedap  .Sama macam mak buat


Sambal atau Kuah kacang..kalau tak pandai serasikan rasanya memang takkan menjadi.Mari lihat cara2 dan tip membuat kuah kacang

Bahan²

Setengah kilo kacang (digoreng dgn minyak)

dan dikisar sekali dgn kulit

2 biji bawang besar(Dikisar)

3 ulas bawang putih(Dikisar)

2 inci halia(Dikisar)

1 inci lengkuas(Dikisar)

4 batang serai(Dikisar)

10 tangkai cili kering(Direbus dan dikisar)

setengah sudu kecil udang kering

1 sudu besar asam jawa

1 ruas gula melaka

3 sudu gula perang

Garam secukupnya

Caranya

-Tumis bahan kisar hingga naik bau

(Bawang,halia,lengkuas,serai,cili kering)

-Pastikan minyak mencukupi semasa menumis.

-Tumis bahan hingga pecah minyak.

-Pastikan guna api yg sederhana sahaja.

-Supaya masakan mesra dan sekata.

-Selepas pecah minyak @ terbit minyak

Masukkan setengah cawan air.

-Kemudian masukkan kacang yg telah dikisar.

-Masukkan air lagi dalam 1.5 cawan.

(Agak² kepekatan yg diingini.)

-Sesudah sebati dan mendidih masukkan gula melaka.

-Masukkan asam jawa.

-Akhir sekali masukkan gula perang dan garam.

-Renehkan sehingga masak.

Selamat mencuba..

kredit: Dapurmamanufai

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini